photo tumblr_mc3zctVOZl1r3gb3zo2_400.gif

Wednesday 8 January 2014

Kisah Teladan Ali Bin Abu Thalib

Ali Radhiallahu ‘Anhu bukan sahaja seorang sahabat besar Rasullullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam serta yang paling dicintai oleh baginda bahkan beliau juga seorang manusia luarbiasa yang memiliki ilmu bagaikan lautan, kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai seorang ahli sastera dan pidato, di samping seorang pahlawan yang tiada seorangpun dapat menafikan kehandalannya di antara barisan pahlawan-pahlawan yang terbilang.
 
Beliau telah memeluk Islam ketika berumur 8 tahun dan merupakan kanak-kanak yang mula-mula sekali memeluk Islam. Setengah riwayat menyatakan bahawa beliaulah yang paling dahulu Islam dari Abu Bakar Al-Siddiq Radhiallahu ‘Anhu Ali Bin Abu Talib termasuk ahli keluarga Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam sendiri kerana beliau adalah sepupu baginda yang tumbuh dalam asuhan dan pemeliharaan Nabi Salallahu ‘Alaihi Wasalam Ali Radhiallahu ‘Anhu dilahirkan dalam Ka’abah, kiblat yang menjadi kerinduan ummat Islam. Mula-mula yang dilihatnya ialah Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasalam dan Khadijah sedang sholat. Ketika beliau ditanyakan kenapa memeluk Islam tanpa lebih dahulu mendapat izin ayahnya, Ali Radhiallahu ‘Anhu menjawab, "Apa perlunya aku bermusyawarah dengan ayah demi untuk mengabdi kepada Allah?
 
Pada mulanya agama Islam hanya berkembang di sekitar lingkungan rumah Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam sahaja, yakni berkisar pada diri Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam, isterinya Khadijah, Ali dan Zaid Bin Haritsah. Pada suatu hari Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasalam telah mengundang sekalian sanak saudaranya pada satu jamuan di rumahnya. Setelah mereka itu datang maka Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam pun menerangkan kepada mereka itu tentang agama Islam yang dibawanya itu. Maka Abu Lahab memutuskan pembicaraannya serta menyuruh hadirin yang lain supaya meninggalkan jamuan makan itu. Pada keesokan harinya Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam mengadakan pula jamuan makan, dan setelah selesai bensantap, maka bersabdalah Rasul Salallahu ‘Alaihi Wasalam.
 
"Saya rasa tak ada seorang yang membawa sesuatu yang lebih mulia daripada yang ku bawa sekarang. Maka siapakah di antara kalian yang akan menolongku? Tatkala mendengarkan rayuan Rasul itu mereka semua marah lalu bangkit untuk meninggalkan rumah itu. Tetapi Ali yang masih lagi belum baligh ketika itu lantas bangun seraya berkata, "Hai Rasulullah, akulah yang akan menolongmu. Aku akan memerangi sesiapa sahaja yang akan memerangimu , lalu disambut oleh hadirin dengan tertawa sambil melihat-lihat Abu Talib dan anaknya itu. Kemudian mereka meninggalkan rumah Rasul itu sambil mengejek-ejek.
 
Ali Radhiallahu ‘Anhu pernah benkata, "Aku telah menyembah Allah Subhanahu Wa Ta’ala lima tahun sebelum disembah sesiapapun dari ummat Muhammad ini. Bahkan beliau adalah salah seorang yang pertama bersholat bersama Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam Dalam hubungan ini Anas Bin Malik Radhiallahu ‘Anhu pernah berkata, "Muhammad diangkat menjadi Rasulullah pada hari Isnin, sedang Ali Bin Abu Talib sudah ikut sholat bersama baginda Rasul pada keesokan harinya.

Abu Talib, bapa saudara / paman Rasul adalah seorang yang miskin lagi susah hidupnya serta mempunyai ramai anak. Maka dengan maksud untuk meringankan beban Abu Talib itulah atas fikiran. Nabi Salallahu ‘Alaihi Wasalam, Abbas Bin Abu Muttalib telah mengambil Ja'afar menjadi tanggungannya sedang Rasul sendiri mengambil Ali. Dengan hal demikian tumbuhlah Ali Bin Abu Talib sebagai seorang pemuda di tengah-tengah keluarga Rasulullah dan langsung memperoleh asuhan dan baginda. Ali Radhiallahu ‘Anhu banyak mengambil tabi'at Nabi Salallahu ‘Alaihi Wasalam dan beliaulah yang terdekat sekali hubungannya dengan Rasul serta yang paling dicintainya. Demikian akrabnya Ali Radhiallahu ‘Anhu dengan Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam hingga beliau hampir-hampir tidak pernah berpisah sejengkal pun dari Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam baik di waktu suka mahupun di waktu susah. Pergorbanannya terhadap Islam dan Rasulnya adalah demikian besar sekali dan akan selamanya menjadi contoh keutamaan yang tiada bandingannya dalam sejarah ummat Islam.

Tatkala Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam melakukan hijrah ke Madinah di atas perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala bagi menyelamatkan dirinya dari rencana pihak musyrikin Quraisy yang bertujuan hendak membunuhnya, maka kepada Ali Radhiallahu ‘Anhu ditugaskan oleh baginda untuk tidur di tempat tidurnya pada malam yang sangat genting itu. Walaupun tugas itu sangat berat dan berbahaya sekali namun Ali Radhiallahu ‘Anhu sebagai sifatnya seorang pejuang yang sejati, telah menyanggupi tugas tersebut dengan hati yang ikhlas dan gembira, kerana beliau mengerti bahawa berpeluang menyerahkan nyawanya demi untuk menebus seorang Rasul. Bahkan beliau juga mengerti bahawa tugas yang dilaksanakannya itu akan merupakan pengorbanan yang tidak ada tolok bandingannya di kemudian hari.

Setelah Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam selamat sampai ke Madinah, tidak lama kemudiannya tibalah pula rombongan Ali Radhiallahu ‘Anhu manakala kaum Muhajinin telah ramai sampai di kota Madinah itu, Rasullullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam telah mempersaudarakan antara golongan Muhajirin dengan golongan Anshar. Tetapi anehnya dalam hubungan ini Rasulullah tidak mempersaudarakan Ali Radhiallahu ‘Anhu dengan sesiapapun juga, hanya baginda berkata kepada Ali, demikian sabdanya, "Wahai Ali, engkau adalah saudaraku di dunia dan saudaraku juga di Akhirat. Demikian jelaslah bahawa baginda telah mempersaudarakan Ali dengan diri baginda sendiri. Kesayangan Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam terbukti dengan menjodohkan Ali Radhiallahu ‘Anhu dengan puteri yang paling disayanginya yaitu Fatimah Az-Zahrah, seorang wanita yang paling utama di syurga.

Sebagai seorang yang gagah berani dan sahabat yang paling disayangi baginda Rasul, Ali Radhiallahu ‘Anhu tidak pernah ketinggalan dalam setiap peperangan baik besar maupun kecil yang dilakukan oleh Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam Beliau telah melakukan peranan yang penting dalam Peperangan Badar yang terkenal itu. Ketika itu beliau merupakan seorang pemuda yang gagah dan tampan masih berusia 20-an . Dalam peperangan itulah buat pertama kalinya Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam telah menyerahkan panji-panji peperangan kepada Ali Radhiallahu ‘Anhu dimana beliau telah menjalankan tugasnya dalam peperangan tersebut dengan cemerlang sekali. Setelah peperangan usai para sahabat tidak menemui Nabi Salallahu ‘Alaihi Wasalam di tengah-tengah mereka. Dalam keadaan mencari-cari tiba-tiba muncul Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam bersama Ali Radhiallahu ‘Anhu muncul seraya baginda bersabda, "Saya sebenarnya ada di belakang kalian sedikit kerana merawati perut Ali yang luka. Dari peristiwa ini dapatlah dilihat betapa besarnya kecintaan baginda tenhadap Ali Radhiallahu ‘Anhu dan bagaimana pula besarnya pengorbanan Ali Radhiallahu ‘Anhu dalam menegakkan kemuliaan Agama Islam.

Dalam setiap peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam, Ali Radhiallahu ‘Anhu tetap berada di samping baginda. Pada suatu ketika dalam Perang Tabuk, tiba-tiba Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam tidak mengijinkan Ali Radhiallahu ‘Anhu untuk menyertai baginda hingga sikap Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam itu telah dijadikan modal fitnah oleh pihak musuh-musuh Islam serta kaum munafik. Sebagai seorang yang benar dan mencintai kebenaran Ali Radhiallahu ‘Anhu merasa kurang senang mendengar desas-desus yang kurang menyenangkan itu lantas beliau terus menjumpai Rasul untuk meminta penjelasan. Untuk menghilangkan keraguan Ali, Rasul lalu bersabda kepadanya, "Tidakkah engkau rela hai Ali, kedudukanmu di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa ?" Mendengankan kata-kata Rasulullah yang menyejukkan jiwanya itu maka barulah puas Ali Radhiallahu ‘Anhu.

Perkataan Rasul itu jelas memperlihatkan betapa besarnya kecintaan dan penghormatan baginda terhadap dirinya.

Dalam Perang Khaibar pula di mana sebuah ibu kota kaum Yahudi sangat sulit untuk ditaklukan oleh angkatan tentera Islam, Ali Radhiallahu ‘Anhu telah memainkan peranannya yang utama sekali. Pada mulanya pihak Islam gagal untuk menakluki kota tersebut sekalipun telah dilakukan pengepungan beberapa hari lamanya. Dalam detik-detik yang sukar itulah akhirnya Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam bersabda"Saya akan menyerahkan panji-panji peperangan esok pada seorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai oleh Allah dan RasulNya".

Seluruh panglima pasukan masing-masing mengharapkan agar dirinya akan diserahkan panji-panji tersebut kerana setiap mereka bercita-cita hendak mendapatkan kemuliaan yang begitu besar sebagai seorang yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai pula oleh Allah dan RasulNya. Pada  keesokan harinya, setelah selesai sholat subuh Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam lantas mencari-cari Ali Radhiallahu ‘Anhu Nyatalah bahawa Ali Radhiallahu ‘Anhu tidak ada di situ kenana ketika itu Ali Radhiallahu ‘Anhu mengidap sakit mata. Kemudian bersabdalah Rasul "Panggillah Ali ke mari menjumpai saya, Ali Radhiallahu ‘Anhu yang sedang sakit kedua matanya itu lalu datang mengadap Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam seraya baginda pun meludah kepada mata beliau yang sakit itu. Maka dengan serta merta sahaja sembuhlah mata beliau. Kemudian Rasul pun menyerahkan panji-panji kepada All Radhiallahu ‘Anhu Maka benteng yang sudah berhani-hari tidak dapat ditembus itu akhirnya dapat dikalahkan  di bawah pimpinan panglima Ali Bin Abu Talib Radhiallahu ‘Anhu.

Satu lagi peperangan di mana Ali Bin Abu Talib Radhiallahu ‘Anhu memperlihatkan kegagahan dan keberaniannya yang luarbiasa ialah tatkala berlakunya Perang Khandak atau Ahzab. Perang ini adalah antara pihak Islam dengan angkatan musyrik Mekah yang mendapat bantuan dari puak-puak Arab yang lain serta orang-orang Yahudi. Orang-orang Islam telah menggali parit-parit atau Khandak di sekeliling kota Madinah sebagai jalan untuk membendung pasukan pihak musuh memasukinya. Jumlah pihak musuh adalah kira-kira 10,000 orang tetapi mereka tidak dapat masuk kerana tenhalang oleh parit-parit. Namun begitu mereka terus mengepung kota itu selama 15 hari lamanya. Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala turunkan angin ribut dari tentera Allah yang tak kelihatan memukul dan menerbangkan khemah-khemah serta alat perang musuh sehingga mereka pun mengundurkan diri dengan penuh kekecewaan.

Semasa peperangan inilah diriwayatkan bahawa beberapa pahlawan musyrik Quraisy telah dapat menyeberangi parit dengan mengenderai kuda. Di antara mereka ialah Amru Bin Abdi Wid, Ikrimah Bin Abu Jahal dan Dhiraar Ibnul Khattab. Manakala mereka itu telah berada di seberang parit, tiba-tiba Amru Bin Wid maju mengajak untuk beradu kekuatan dengan pihak pahlawan-pahlawan Islam. Dia menantang seraya berkata, "Siapa di antara kalian yang berani berlawan  dengan aku, silahkan! Tantangan itu lantas disambut oleh Ali Radhiallahu ‘Anhu yang kemudiannya terus meminta izin dari Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam untuk melawan pahlawan musyrik itu. Kata Ali Radhiallahu ‘Anhu, "Saya akan melawan dia, ya Nabi Allah, Izinkanlah saya. Tetapi Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam telah menahannya dengan sabdanya, "Duduklah engkau hai Ali! Tidakkah engkau tahu dia Amru.
Amru kemudian minta lawan lagi berulang-ulang hingga dua kali. Setiap ia menantang, Ali Radhiallahu ‘Anhu telah berdiri menyahutnya tetapi Rasulullah senantiasa menyuruhnya duduk sambil mengingatkan bahawa lawannya itu bukan tandingannya kerana Amru itu memang terkenal gagah lagi perkasa. Namun begitu Ali Radhiallahu ‘Anhu tetap juga mengatakan, "Sekalipun dia tahu itu Amru, hai Nabi Allah, saya tidak takut melawannya. Izinkanlah saya menemuinya. Akhinnya Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam mengizinkannya untuk melawan musuh yang keadaan orangnya lebih tua, lebih besar lagi lebih berpengalaman dari dirinya itu. Sebelum Ali Radhiallahu ‘Anhu pergi menghadapi musuhnya itu, Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam telah membekalnya dengan pedangnya lalu kemudian berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk keselamatan Ali Bin Abu Talib Radhiallahu ‘Anhu.

Tidak lama kemudian tampillah Ali Radhiallahu ‘Anhu ke hadapan. Manakala Amru melihatnya dia tidak dapat mengenalinya kerana muka dan kepala Ali Radhiallahu ‘Anhu bertopeng besi lalu ditanyainya:
“Siapa engkau, hai pahlawan?”
Jawabnya, "Ali!”
Tanya Amru lagi, "Ali, anak Abdul Manaf?”
Jawab Ali Radhiallahu ‘Anhu "Ali, anak Abu Talib”
Mendengar nama itu Amru enggan hendak melawannya seraya katanya untuk memperkecilkan kehandalan Ali Radhiallahu ‘Anhu "Wahai anak saudaraku! Lebih baik orang lain sahaja engkau suruh melawan aku. Panggillah paman-pamanmu yang lebih kuat daripadamu. Aku benci menumpahkan darahmu, kerana aku memandang ayahmu seorang sahabat baikku.

Ali Radhiallahu ‘Anhu lalu menjawab, "Tetapi aku, demi Allah, tak benci menumpahkan darahmu. Demi mendengarkan jawaban itu maka menjadi marahlah Amru dan mulalah ia hendak menyerangnya. Tetapi Ali Radhiallahu ‘Anhu lalu benkata, "Macam mana aku hendak bertempur denganmu padahal engkau di atas kuda. Turunlah ke mari sama-sama dengan aku di bawah.”

Mendengar itu Amru langsung turun dari kudanya, dihunusnya pedangnya itu dan untuk menunjukkan garangnya ditetak kudanya dicencangnya mukanya supaya tak boleh lari. Kemudian ía maju ke hadapan menyerang Ali Radhiallahu ‘Anhu yang disambut pula olehnya dengan mengacukan perisainya yang dibuat daripada kulit. Amru telah meretakannya, perisainya tersayat dan pedangnya ikut melekat di situ dan mengenai kepala Ali Radhiallahu ‘Anhu Maka Ali Radhiallahu ‘Anhu pun membalas menebas bahu Amru. Ia lalu tersungkur rebah serta mati di situ juga. Ali Radhiallahu ‘Anhu lantas memekikkan takbir, "Allahu Akbar yang disambut pula dengan pekikan takbir yang bengemuruh di angkasa oleh kaum Muslimin yang menyasikannya, sebagai tanda kesyukunan di atas kemenangannya. Dan dengan kematian Amru itu kawan-kawannya yang lain berlarian mengundurkan diri.

Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam selalu memilih Ali Radhiallahu ‘Anhu untuk diberikan tugas dalam pekerjaan-pekerjaan yang amat berat, yang memerlukan keberanian yang luarbiasa serta ketabahan yang besar. Pada suatu masa, Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam telah mengutus pahlawan Islam Khalid Bin Walid ke negeri Yaman untuk melaksanakan tugas sebagai pemerintah dan mubaligh Islam di negeri itu. Setelah bekerja selama enam bulan ternyata Khalid tidak berhasil memperoleh hasil yang diharapkan walaupun setelah bekerja bersungguh-sungguh. Kemudian Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam pun mengutus pula Ali Radhiallahu ‘Anhu untuk menggantikan tempat Khalid Bin Walid sebagai mubaligh dan pemerintah di sana. Manakala penduduk Yaman mendengar bahwa Ali Radhiallahu ‘Anhu yang telah mereka kenal Sebagai Singa Padang Pasir itu ditugaskan sebagai pemerintah yang baru maka bersegeralah mereka berkumpul hingga akhirnya Ali Radhiallahu ‘Anhu dapat melakukan sholat subuh bersama-sama mereka itu.

Setelah selesai sholat subuh, Ali Radhiallahu ‘Anhu pun membacakan surat dakwah di hadapan para hadirin. Maka seluruh penduduk dan kaum Hamdan sekaliannya memeluk Islam pada hari itu. Dalam laporan yang dikirimkan oleh beliau kepada Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam Ali Radhiallahu ‘Anhu telah mengisahkan peristiwa yang telah terjadi itu. Setelah Rasul Salallahu ‘Alaihi Wasalam membaca laporan tersebut segeralah baginda sujud menyembah Allah sebagai tanda syukur atas kejadian itu seraya bersabda, "Sejahteralah penduduk Hamdan.

Selaku pemerintah dan mubaligh di Yaman, Ali Radhiallahu ‘Anhu juga telah diperintahkan untuk menjadi hakim dalam bidang pengadilan. Oleh kerana beliau merasa dirinya kurang ahli dalam bidang pengadilan itu maka dengan terus-terang dan ikhlas beliau berkata kepada Rasul Salallahu ‘Alaihi Wasalam, "Ya Rasul Allah, saya tidak mengerti dan tidak mempunyai keahlian yang cukup mengenai hal pengadilan ini.

Mendengar perkataan Ali Radhiallahu ‘Anhu itu segeralah Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam menyapu dada beliau dengan tangan Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam sendiri sambil bersabda, "Ya Allah, bukalah dada Ali untuk menerima ilmu dan lapangkanlah ucapannya dalam soal pengadilan". Adalah diriwayatkan bahawa berkat doa Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasalam itu Ali Bin Abu Talib Radhiallahu ‘Anhu kemudiannya menjadi seorang hakim yang bijak lagi adil hukumannya. Baik di zaman Abu Bakar Al-Siddiq Radhiallahu ‘Anhu mahupun di zaman Umar Bin Khattab Radhiallahu ‘Anhu selalulah Ali Radhiallahu ‘Anhu diajak bermusyawarah dalam memutuskan sesuatu masalah yang dihadapi oleh Khalifah-Khalifah itu. Bahkan Umar Bin Khattab Radhiallahu ‘Anhu biasanya enggan memutuskan sesuatu keputusan sebelum lebih dahulu Ali Radhiallahu ‘Anhu diajaknya berunding.

Demikianlah beberapa kisah riwayat tentang peranan yang pernah dilakukan oleh Ali Bin Abu Talib di zaman hidupnya bersama Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam Ketika Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam wafat, Ali Radhiallahu ‘Anhu tidak mempunyai kesempatan untuk menyertai pertemuan para sahabat dan golongan Muhajirin dan Ansar di Balai Bani Saidah hingga terpilihnya Abu Bakar Al-Siddiq sebagai Khalifah. Sebabnya ialah ketika itu beliau sibuk menguruskan jenazah Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam Pada hari yang penuh dukacita itu, beliau sama sekali tidak menghiraukan perundingan yang berlangsung di Balai Bani Saidah itu kerana beliau sibuk dengan tugas-tugas pengkebumian jenazah Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam serta mententeramkan sekalian keluarga Rasul Salallahu ‘Alaihi Wasalam.

Permusyawaratan di Balai Bani Saidah hampir-hampir sahaja menimbulkan keadaan yang kacau tetapi akhirnya dapat ditenteramkan dengan terpilihnya Abu Bakar Radhiallahu ‘Anhu sebagai Khalifah pertama sesudah Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam Pada mulanya Ali Radhiallahu ‘Anhu enggan memberikan persetujuannya terhadap pemilihan Abu Bakar Al-Siddiq Radhiallahu ‘Anhu sebagai Khalifah, bukan kerana benci atau kurang senang terhadap Abu Bakar Radhiallahu ‘Anhu bahkan kerana rasa hati beliau yang sedang remuk redam disebabkan hilangnya Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam  Enam bulan kemudian setelah isteri beliau iaitu Fatimah meninggal dunia, maka baharulah Ali Bin Abu Talib Radhiallahu ‘Anhu memberikan persetujuannya secara rasmi terhadap pengangkatan Abu Bakar Radhiallahu ‘Anhu sebagai Khalifah. Abu Bakar Radhiallahu ‘Anhu pun selaku pemerintah ummat yang agung, tidak pernah meninggalkan Ali Radhiallahu ‘Anhu di dalam permusyawaratan penting.

Manakala Umar Bin Khattab menjadi Khalifah yang kedua, Ali Radhiallahu ‘Anhu tetap memperoleh kemuliaan dan penghormatan dan Umar Radhiallahu ‘Anhu sepertimana yang dinikmatinya semasa pemerintah Abu Bakar Radhiallahu ‘Anhu Walaupun diketahui bahawa Umar Bin Khattab terkenal sebagai sahabat yang sangat ahli dan bijak dalam bidang hukum, namun baginda sering minta bantuan kepada Ali Radhiallahu ‘Anhu di dalam menyelesaikan beberapa hal yang sulit-sulit bahkan pernah diriwayatkan orang bahawa Umar Bin Khattab Radhiallahu ‘Anhu tidak suka merundingkan soal-soal yang sulit tanpa dihadiri oleh Ali Bin Abu Talib.

Setelah wafat Umar Al Khattab jabatan Khalifah akhirnya jatuh pula ke tangan Utsman Bin ‘Affan Radhiallahu ‘Anhu Namun begitu Ali Radhiallahu ‘Anhu tetap memberikan persetujuannya serta ketaatannya kepada Khalifah Utsman Radhiallahu ‘Anhu sekalipun dirinya juga bercita-cita agar terpilih sebagai Khalifah. Sungguhpun demikian, kesayangan Khalifah Utsman yang berlebih-lebihan terhadap kaum kerabatnya sendiri menyebabkan pandangan Ali Radhiallahu ‘Anhu dalam beberapa hal berubah terhadap Khalifah. Bahkan sebahagian daripada penduduk melihat seolah-olah terdapat keretakan dalam hubungan antara dua tokoh besar itu. Keadaan inilah yang menyebabkan setengah-setengah pihak yang memusuhi Ali Radhiallahu ‘Anhu menuduh Ali Radhiallahu ‘Anhu terlibat dalam pembunuhan Utsman Bin Affan Radhiallahu ‘Anhu Padahal yang sebenarnya Ali Radhiallahu ‘Anhu sama sekali tidak bertanggungjawab dalam perkara yang terjadi ke atas Khalifah Utsman Radhiallahu ‘Anhu Bahkan beliaulah sahabat yang paling khawatir terhadap keselamatan Khalifah. Ketika rumah Khalifah Utsman Radhiallahu ‘Anhu dikepung oleh puak pemberontak, Ali Radhiallahu ‘Anhu segera mengirim puteranya Hasan Radhiallahu ‘Anhu supaya menjaga keselamatan Khalifah. Tetapi ketika Hasan Bin Ali Radhiallahu ‘Anhu datang ke rumahnya untuk menawarkan bantuan, Khalifah Utsman Radhiallahu ‘Anhu menolak bantuannya serta menyuruhnya pulang. Lebih dari itu, ketika Ali Radhiallahu ‘Anhu mendengar khabar tentang pembunuhan Khalifah Utsman Radhiallahu ‘Anhu beliau telah memukul anaknya Hasan Radhiallahu ‘Anhu serta mengancam Muhammad Bin Talhah kerana dianggapnya kurang rapi menjalankan tugas menjaga keselamatan Utsman Radhiallahu ‘Anhu.

Ali Radhiallahu ‘Anhu akhinnya telah dipilih kemudiannya sebagai Khalifah selepas kewafatan Khalifah Utsman Radhiallahu ‘Anhu yang mana ketika itu sebahagian besar para sahabat Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam sudah tersebar di pelosok kota-kota di seluruh wilayah Islam. Yang masih tinggal di Madinah hanya sebahagian kecil saaja.
Setelah jabatan Khalifah jatuh kepadanya maka barulah Ali Radhiallahu ‘Anhu bertindak untuk membawa garis politik seperti yang pernah dijalankan oleh Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasalam,  Khalifah Abu Bakar Radhiallahu ‘Anhu dan Khalifah Umar Bin Khattab Radhiallahu ‘Anhu Tetapi keadaan masyarakat dan ummat sudah jauh berubah disebabkan perkembangan ekonomi dan pembangunan yang diakibatkan oleh perluasan wilayah yang takluk pada Islam. Cita-cita Ali Radhiallahu ‘Anhu untuk membawa kembali dasar pemerintahan ummat sebagaimana zaman Rasulullah dan Abu Bakan Radhiallahu ‘Anhu dan Umar Radhiallahu ‘Anhu telah menghadapi rintangan dari pihak-pihak yang bersimpati dengan Utsman Radhiallahu ‘Anhu yang menuduhnya bentanggungjawab dalam peristiwa pembunuhan itu.

Disebabkan adanya golongan yang keras rnenentang sikapnya itu seperti Muawiyah Bin Abu Sufyan dan pembantunya Amru Bin Ash maka tenjadilah satu perseteruan yang sengit antana dua golongan itu.  Satu perselisihan yang panjang yang mengakibatkan pertumpahan darah di antana sesama ummat Islam. Muawiyah berkeras enggan mengakui Ali Bin Abu Talib sebagai Khalifah serta menuntut baginda mengenakan hukuman terhadap orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Utsman Radhiallahu ‘Anhu Sedang Ali Radhiallahu ‘Anhu pula terlebih dahulu telah memecat Muawiyah sebagai gubernur wilayah Syam dan juga tokoh-tokoh yang pernah dilantik oleh Khalifah Utsman Radhiallahu ‘Anhu atas dasar kekeluargaan. Akibatnya maka berlakulah peperangan yang berpanjangan antara pihak Khalifah Ali Radhiallahu ‘Anhu dengan pihak pendukung Muawiyah Bin Abu Sufyan yang terdiri dari penduduk negeri Syam. Kesudahan dari perseteruan yang panjang itu Ali Bin Abu Talib akhirnya meninggal terbunuh oleh pengikut golongan Khawarij.

No comments:

Post a Comment

Masukan Email Anda :

Layanan ini dipersembahkan oleh : FeedBurner

Referral Banners
make cash